Enam daripada 528 tahanan warga Rohingya di Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap yang melarikan diri meninggal dunia ketika cuba melintas jalan di km165 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan).<br /><br />Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, mereka yang dilaporkan maut terdiri daripada dua lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak.